Monday, September 5, 2016

U Mobile - Aku kembali kepadamu



Setahun telah berlalu, ku tinggalkan u mobile kerana ingin mencuba sesuatu yang baru. Digi Postpaid... Hasilnya, agak memuaskan, tetapi terkadang agak lembab dan agak bermasalah terutama apabila berada dalam bangunan.

Setelah terikat selama setahun, aku telah bebas pada 1 September yang lalu, Tanpa berlengah, bersandarkan semangat kemerdekaan yang masih bersisa, aku telah kembali untuk rujuk semula dengan u mobile. Pakej U28 menjadi pilihan. 3 Gb data + # Gb Video onz + 50 minit panggilan + 100 sms all net dan 200 sms on net... cukup berbaloi dengan harga.



Tapi jauh di sudut hati masih tertanya-tanya tentang prestasi dan kemampuan u mobile. Adakah sebaik dan sepantas dulu.

Hasilnya.... Setelah beberapa hari menggunakan u mobile, kualiti internet agak memuaskan, cuma ujian lanjut masih perlu dijalankan terutamanya daripada sudut kestabilan rangkaian dan kualiti signal dalam kawasan 2G. Update seanjutnya akan menyusul sebulan daripada sekarang.