Monday, September 30, 2013

Mentaliti masyarakat

Kenduri kahwin merupakan suatu majlis yang akan diwara-warakan segenap ceruk rantau. Seboleh mungkin,  semua orang perlu diberitahu akan kemeriahan majlis yang ingin dikongsi bersama. Di sana sini akan kelihatan bunga manggar dipacak sebagai penunjuk arah. 

Biasanya simpang jalan serta tiang lampu isyarat akan menjadi mangsa.
Malangnya,  sikap toleransi yang ditunjukkan oleh pihak berkuasa tempatan yang menutup sebelah mata apabila bunga manggar dipacak di sana sini sering dipersiakan. Semua pihak pasti sedar perbuatan tersebut menyalahi peraturan dan undang-undang kerana bunga manggar yang dipacak boleh menghalang penglihatan pemandu. Situasi ini juga boleh mengundang kecelakaan terutamanya kepada penunggang motosikal kerana kayu dan buluh yang digunakan amat tajam.  Fikirkan risikonya apabila kayu atau buluh itu jatuh melintang jalan.

Alangkah baiknya jika tuan empunya kenduri menanggalkan kembali bunga manggar tersebut setelah selesai kenduri. Janganlah sampai bunga manggar itu dibiarkan mereput atau ditanggalkan oleh pihak berkuasa tempatan. 

Sunday, September 29, 2013

U Mobile .... Berbaloi baloi


U mobile, syarikat telekomunikasi keempat terbesar di Malaysia. 6 bulan yang lalu, ketika ditawarkan untuk menjadi pelanggan u mobile, hati ini memang teragak agak... mau... tak mau... mau... tak mau... tak pe lah, try ajelah, lagi pun tak de kontrak. Kalau rasa kureng, boleh MNP....

Setelah 6 bulan berlalu, puas hati, berbaloi baloi, memang value untuk duit anda. Kadar tarif yang dikenakan terutamanya untuk pakej internet memang terbaik. Saya melanggan pakej u28, tambah lagi RM8 untuk dapatkan call selama 80 minit ke lain lain operator + 100 sms ke u mobile + 200 sms ke operator lain + 1G internet.... kos bulanan biasanya dalam lingkungan RM40 sahaja.

Puas... cukup puas kerana dapat layari internet di mana mana sahaja tanpa sekatan... Penggunaan data biasanya dalam 600 mb sahaja sebulan. Tak dinafikan kalau layan utube memang tak cukup. Tapi biasanya saya layan utube bila dah balik rumah... Guna streamyx.. kalau nak layan utube guna smartphone, pakej 10G pun belum tentu cukup...

U Mobile, servis memang mantap, speed tak pernah naik turun macam sesetengah operator tu, biasanya minima speed boleh dapat dalam 1M la, maksima speed kalau kat kawasan kamunting dalam 4M...... cumaaaaa... kalau balik kg... kurenglah sikit... biasa la tu kan. Tapi kita balik kg sebab nak berinteraksi dengan ibu bapa tercinta bukannnya nak berinternet.... ada hikmahnya tu, kesimpulannya, kalau kawasan anda dapat coverage umobile, silalah MNP.... u mobile... terbaik.... wassalam.... 

Bila Bahasa Melayu dianggap mudah

Banyak beza antara bazar malam pertama dan bazar malam yang pertama.  Jangan sampai anda diketawakan hanya kerana menganggap bahasa Melayu itu mudah. Tanyalah kepada jauhari jika anda tidak mengenal manikam.