Monday, December 29, 2014

Melayu


Saya berbangga dilahirkan sebagai anak Melayu... saya berbangga menjadi bangsa Melayu... saya berbangga bila dikenali sebagai bangsa Melayu... tetapi bak kata Hang Tuah "tak Melayu hilang di dunia" kini tinggal impian sahaja.







Melayu tidak hilang, malah akan kekal selagi dunia belum kiamat. Tetapi keperibadian bangsa Melayu bagaikan semakin menyusut dari hari ke hari. Punca utama.... HASAD DENGKI. Teringat kisah penjual ketam di pasar borong... kisah yang diimaginasi berdasarkan realiti hidup bangsa Melayu sekarang. Ada dua bakul ketam... satu bakul ketam Melayu, satu bakul ketam cina. Ketam Melayu dibiarkan terbuka tanpa penutup tetapi bakul yang memuatkan bakul cina ditutup rapi. Apabila ditanya kepada penjual teantang keadaan itu, mudah sahaja penjual ketam itu menjawab, bakul yang berisi ketam cina terpaksa di tutup kerana apabila seekor ketam cina ingin keluar maka ketam-ketam yang lain  akan saling bantu membantu bagi memastikan ketam tersebut berjaya keluar. Oleh sebab itu bakul itu terpaksa ditutup. Tetapi bakul yang berisi ketam Melayu dibiarkan terbuka kerana, apabila seekor ketam Melayu ingin keluar maka ketam-ketam Melayu yang lain akan saling berusaha untuk menggagalkannya. Cerita itu begitu ringkas tetapi cukup menikam hati dan sanubari betapa sifat HASAD DENGKI bangsa Melayu cukup menebal.


Tun Dr. Mahathir pernah menjelaskan tentang punca bangsa Melayu semakin hari semakin terpencil pengaruhnya. Beliau menyatakan, bangsa Melayu yang suatu ketika dahulu dikenali sebagai peniaga terulung kini lebih suka makan gaji. Daripada setahun ke setahun anak Melayu tersebut akan mendaki setangga ke setangga sehingga menjawat jawatan yang tinggi. Apabila dia meninggal dunia, anaknya akan kembali bermula daripada tahap yang rendah seperti bapanya dahulu. Situasi ini berbeza dengan bangsa Cina. Mereka lebih suka berniaga. Mungkin mereka lebih menghayati sanda Rasulullah s.a.w bahawa 9/10 rezeki datangnya daripada perniagaan. Lelaki Cina tersebut akan bermula daripada bawah untuk berniaga, mungkin sebagai pembeli surat khabar lama. Semakin hari lelaki Cina itu akan berusaha hingga berjaya menjadi peniaga yang berjaya. Apabila dia berjaya kelak maka dia akan mewarisi perniagaan yang baik kepada anaknya. Anaknya pula akan memperbesarkan lagi perniagaan tersebut....





Teringat secebis kisah daripada filem Seniman Bujang Lapok. Apabila seorang pekerja berbangsa Melayu yang memperkeilkan usaha do re dan mi menjadi bintang filem. Jaga yang berbangsa Singh telah "membahasakan" anak Melayu tersebut dengan ayat "awak punya rezeki awak makan, dia punya rezeki dia makan, salah ke makan sama-sama".

Friday, December 26, 2014

Syarikat Telekomunikasi Di Malaysia

Susah, sukar, pening. ... mana satu  penyedia perkhidmatan Telekomunikasi yang harus f dipilih.  Semua bagi offer gila gila punya.  Macam mana ni.  Sedikit  panduan dan  pandangan ingin dinyatakan berdasarkan pengalaman sendiri.
Sebelum tu. ... petua terpenting adalah. ... pastikan penyedia perkhidmatan yang dipilih mempunyai liputan terbaik di tempat anda.  Tak guna kalau langgan daripada syarikat telekomunikasi yang beri offer terbaik tapi coverage takde kat rumah anda. Saya takkan sentuh tentang kadar panggilan atau kadar internet.... sebab... kadar tersebut sering berubah... silalah rujuk kepada laman web syarikat yang berkaitan untuk melihat kadar terkini.

1. Celcom


Celcom cukup terkenal kerana mempunyai coverage terluas di Malaysia.  Cas panggilan secara purata agak murah terutamanya pakej prepaid x2.... malangnya pengguna baru tidak boleh menikmati kadar ini kerana celcom telah memperkenalkan pakej iox

Pakej  internet yang disediakan oleh celcom antara yang termahal di Malaysia.   Malangnya speed yang diberikan juga mengecewakan.  Celcom lebih  terdorong untuk capped speed kepada 1.5 mbps... terutamanya untuk pakej xpax. Sesuatu yang lebih mendukacitakan adalah. .. celcom terdorong menggunakan konsep PPU kepada pengguna sekiranya mereka telah mencapai had kouta langganan.  Langkah ini sedikit sebanyak telah menyebabkan ramai pelanggan celcom telah lari ke  pembekal perkhidmatan yang lain. Nasihat saya. ... sekiranya anda ingin menggunakan celcom. .. pantau selalu penggunaan data anda.

2. Maxis


Maxis atau hotlink terkenal kerana mempunyai kepantasan dalam melayari Internet.  Kelajuan internet cukup cemerlang. Pelbagai pakej dikeluarkan. .. Malangnya kebanyakannya ditawarkan pada harga yang agak mahal berbanding pembekal yang lain.... Kalau anda rasa anda kaya... sila lah guna maxis. Maxis juga terkenal sebab hidden cost.... Sekiranya anda menggunakan talian maxis pascabayar.. pastikan anda memilih item bill bagi mengelakkan terperangkap kepada cas yang tidak masuk akal.

Coverage maxis agak terbatas jika dibandingkan dengan celcom. Sekiranya anda berada di kawasan luar bandar, kadang kala kekuatan signal maxis berada pada tahap 2G sahaja.

Ramai juga golongan muda yang memilih pelan hotlink basic internet... Malangnya kepantasan internet yang ditawarkan pada tahap 64 kbps agak mengecewakan walaupun untuk penggunaan waasap terutamanya untuk menghantar gambar.

3. Digi





Digi suatu ketika dulu dikenali sebagai talian untuk orang bandar sahaja tetapi keadaan jauh berbeza sekarang. Talian digi telah boleh diakses di kebanyakan kawasan tanpa mengira kawasan bandar atau luar bandar. Malahan digi menawarkan kelajuan internet pada tahap 3G atau H walaupun anda berada di kampung. Anda mampu melayari Youtube tanpa buffering walaupun berada di kawasan luar bandar.

Harga pakej yang ditawarkan oleh digi agak berdaya saing. Apa yang penting anda perlu memilih pakej yang bersesuaian dengan corak penggunaan anda. Digi yang suatu ketika dahulu hanya mampu menawarkan kepantasan internet pada kelajuan 384 kbps tetapi kini telah upgrade kepada 7 atau 8 mbps sejak penghujung 2013.

4. U Mobile




Umobile... syarikat baru dalam arena telekomunikasi tetapi pakej yang ditawarkan cukup menarik. Kos langganan internet boleh diperolehi pada harga rm18 untuk 500 mb + 25 minit panggilan percuma. Pakej umobile yang cukup terkenal dan berbaloi adalah u 28 yang menawarkan 1 Gb data dan 50 minit kadar panggilan.

Umobile dilihat lebih menumpukan kepada segmen prabayar berbanding pascabayar kerana pakej prabayar yang ditawarkan kelihatan lebih berbaloi. Kepantasan internet juga cukup cemerlang. Anda boleh mendapat speed 7 mbps dengan mudah sahaja. Malangnya, coverage umonile agak mengecewakan terutamanya apabila nada berada di luar bandar. Nasihat saya... sekiranya kawasan penempatan anda mempunyai coverage umobile, gunakanlah, cukup berbaloi.

Saturday, February 15, 2014

Antara Sebab Kenapa Mayat Firaun Masih Terpelihara Hingga Kini

Antara Sebab Kenapa Mayat Firaun Masih Terpelihara Hingga Kini

Presiden Perancis menawarkan kerajaan Mesir bantuan untuk meneliti, mempelajari dan menganalisis mumia Firaun, Ramsess II yang sangat terkenal. Firaun yang dikatakan hidup di zaman Nabi Musa yang akhirnya mati tenggelam dalam Laut Merah ketika mengejar Musa dan para pengikut baginda yang melarikan diri daripada kekejamannya. Mesir menyambut baik tawaran itu dan membenarkan mumia itu diterbangkan ke Paris.

Malah ketika sampai di sana kedatangan mumia itu disambut dengan pesta dan keramaian. Ini termasuklah apabila Mitterand dan para pemimpin Perancis yang lain tunduk hormat ketika mumia itu dibawa lalu di hadapan mereka. Mumia itu kemudiannya diletakkan di ruang khas di Pusat Arkeologi Perancis. Di situ ia bakal diperiksa sekali gus membongkar rahsianya oleh para pakar, doktor bedah dan autopsi Perancis yang dipimpin oleh doktor yang sangat terkenal, Prof. Dr. Maurice Bucaille.

Bucaille seorang pakar bedah kenamaan Perancis yang dilahirkan di Pont-L’Eveque pada 19 Julai 1920. Memulakan kerjaya di bidang perubatan am dan pada tahun 1945 beliau diiktiraf sebagai pakar di bidang gastroentorologi. Ramai kerabat diraja dan keluarga pemimpin dunia menggunakan khidmat Dr. Bucaille, termasuk Raja Faisal Arab Saudi dan pemimpin Mesir, Anwar Sadat. Lalu kesempatan beliau untuk membedah dan menyiasat mumia Firaun, mengerah seluruh tenaga dan mindanya untuk menguak misteri di sebalik penyebab kematian raja Mesir kuno itu.

Ternyata, hasilnya sangat mengejutkan. Dr. Bucaille menemukan sisa-sisa garam yang masih melekat pada jasad mumia tersebut sebagai bukti terbesar bahawa Firaun itu mati akibat tenggelam di dalam laut. Iaitu jasadnya segera dikeluarkan dari laut, ‘dirawat’ segera dan dijadikan mumia supaya jasad itu kekal awet.

Namun penemuan itu menimbulkan persoalan yang sangat besar kepada Dr. Bucaille. Bagaimana jasad tersebut masih dalam keadaan sangat baik berbanding jasad-jasad yang lazimnya tenggelam dan dikeluarkan daripada laut? Lalu beliau menyiapkan sebuah laporan akhir yang diyakininya sebagai penemuan baru, iaitu proses menyelamatkan mayat Firaun dari laut dan kaedah pengawetannya.

Laporan tersebut diterbitkan dengan tajuk; Mumia Firaun: Sebuah Penelitian Perubatan Moden (judul asalnya; Les Momies Des Pharaons Et La Midecine). Ekoran penerbitan laporan itu, Dr Bucaille dianugerah penghargaan tertinggi kerajaan iaitu Le Prix Diane Potier-Boes (Penghargaan Dalam Sejarah) oleh Academie Frantaise dan anugerah Prix General daripada Academie Nationale De Medicine, Perancis. KISAH FIRAUN DI DALAM AL QURAN.

Namun seorang rakan sempat membisikkan kepada Dr. Bucaille bahawa penemuan ini sebenarnya bukan sesuatu yang baru. “Jangan tergesa-gesa kerana sesungguhnya umat Islam telah berbicara mengenai peristiwa Firaun yang mati lemas dan mayatnya dipelihara sehingga hari ini!” Namun kata-kata itu ditentang keras oleh Dr. Bucaille kerana beliau menganggap sangat mustahil. Baginya membongkar sesebuah misteri yang lama tidak mungkin dapat diketahui kecuali dengan perkembangan teknologi moden, peralatan dan makmal canggih yang mutakhir dan tepat.

Dr. Bucaille menjadi serba salah dan bingung apabila diberitahu bahawa al-Quran yang diyakini dan dipercayai oleh umat Islam telahpun meriwayatkan kisah tenggelamnya Firaun dan kemudian mayatnya diselamatkan.

Beliau semakin tertanya-tanya, bagaimana perkara seperti itu dapat diterima oleh akal kerana mumia itu baru sahaja ditemui sekitar tahun 1898. Sedangkan al-Quran telah ada di tangan umat Islam sejak ribuan tahun sebelumnya. Sambil mata tidak lepas memandang mumia Firauan yang terbujur di hadapannya, Dr. Bucaille terus tertanya-tanya bagaimana al-Quran dapat membicarakan kisah Firaun yang jasadnya diselamatkan dari hancur sejak ribuan tahun lalu. “Apakah masuk akal di hadapanku ini adalah Firaun yang cuba menangkap Musa (Nabi)? Apakah masuk akal Muhammad (Nabi) mengetahui hal sejarah ini? Pada hal kejadian Musa dikejar Firaun telah berlaku sebelum al-Quran diturunkan,” bicara hatinya sendirian.

Lalu beliau mendapatkan kitab Injil yang di dalamnya hanya membicarakan Firaun yang tenggelam di tengah laut saat mengejar Nabi Musa tetapi tidak diceritakan mengenai mayat Firaun. Sementara dalam Kitab Perjanjian Lama (Injil Lama) pula yang diceritakan dalam kitab itu hanyalah: “Air (laut) pun kembali seperti sebuah lautan yang berombak dan beralun, menenggelamkan kereta-kereta (chariot) kuda, pasukan berkuda dan seluruh bala tentera Firaun tanpa ada seorang pun yang berjaya menyelamatkan diri. Tetapi anak-anak Israel dapat menyelamatkan diri atas daratan kering di tengah-tengah laut itu”. (Exodus 14:28 dan Psalm 136:15) Dr. Bucaille sangat terkejut kerana tidak ada disebut langsung mengenai apa yang terjadi seterusnya kepada mayat Firaun selepas tenggelam itu. Ini menjadikan beliau semakin kebingungan.

Apabila mumia dikembalikan semula ke Mesir, Dr. Bucaille terus mendapatkan kepastian mengenai mumia itu. Lalu beliau memutuskan untuk bertemu dengan para ilmuwan Islam mengenai sejarah Nabi Musa, kekejaman Firaun sehinggalah Bani Israel meninggalkan Mesir dan dikejar Firaun dengan seluruh bala tentera di belakang mereka. Maka salah seorang mereka terus bangun dan membaca ayat al-Quran berhubung sejarah tersebut untuk Dr. Bucaille mendengarkannya sendiri: “Maka pada hari ini Kami selamatkan badan kamu supaya kamu dapat menjadi pelajaran bagi orang-orang yang datang sesudah kamu dan sesungguhnya kebanyakan manusia lengah dari tanda-tanda kekuasaan Kami. (Yunus: 92).” Apabila mendengar ayat ini, hati Dr. Bucaille benar-benar tersentuh. Beliau akhirnya mengakui kebenaran ayat itu kerana ia dapat diterima akal dan memberikan satu inspirasi serta dorongan kepada sains untuk maju meneroka lebih jauh lagi.

Lalu dengan hati yang begitu bergetaran dalam menahan sebak dan keharuan, beliau pun bangun dan dengan suara yang lantang berkata: “Sesungguhnya aku masuk Islam dan beriman dengan al-Quran ini.” Tidak sekadar beliau mengakui kebenaran dan memeluk Islam tetapi beliau kemudiannya pulang ke Perancis dengan menggali seluruh isi al-Quran. Akhirnya beliau berjaya menerbitkan buku yang sangat mengejutkan seluruh dunia dan sehingga kini telah diterjemahkan dalam pelbagai bahasa pada tahun 1976, iaitu The Bible, the Qur’an, and Science : The Holy Scriptures Examined in the Light of Modern Knowledge.

Melalui buku ini, Dr. Bucaille yang kemudiannya dikenali sebagai Dr. Yahya Maurice Bucaille berjaya membuktikan bahawa al-Quran adalah selari dengan fakta-fakta sains sementara kitab Injil adalah sebaliknya. “Sains dan Islam umpama saudara kembar yang tidak boleh berpisah. Ini kerana dalam Injil terdapat pelbagai kesilapan dari aspek saintifik tetapi tiada sedikitpun kesilapan seperti itu ada dalam al-Quran. “Al-Quran yang di dalamnya diceritakan segala penjelasan mengenai fenomena alam semula jadi yang sangat bertepatan dengan sains moden,” katanya. Beliau memberikan kesimpulan bahawa tidak syak lagi al-Quran benar-benar kalam Allah