Monday, December 29, 2014

Melayu


Saya berbangga dilahirkan sebagai anak Melayu... saya berbangga menjadi bangsa Melayu... saya berbangga bila dikenali sebagai bangsa Melayu... tetapi bak kata Hang Tuah "tak Melayu hilang di dunia" kini tinggal impian sahaja.







Melayu tidak hilang, malah akan kekal selagi dunia belum kiamat. Tetapi keperibadian bangsa Melayu bagaikan semakin menyusut dari hari ke hari. Punca utama.... HASAD DENGKI. Teringat kisah penjual ketam di pasar borong... kisah yang diimaginasi berdasarkan realiti hidup bangsa Melayu sekarang. Ada dua bakul ketam... satu bakul ketam Melayu, satu bakul ketam cina. Ketam Melayu dibiarkan terbuka tanpa penutup tetapi bakul yang memuatkan bakul cina ditutup rapi. Apabila ditanya kepada penjual teantang keadaan itu, mudah sahaja penjual ketam itu menjawab, bakul yang berisi ketam cina terpaksa di tutup kerana apabila seekor ketam cina ingin keluar maka ketam-ketam yang lain  akan saling bantu membantu bagi memastikan ketam tersebut berjaya keluar. Oleh sebab itu bakul itu terpaksa ditutup. Tetapi bakul yang berisi ketam Melayu dibiarkan terbuka kerana, apabila seekor ketam Melayu ingin keluar maka ketam-ketam Melayu yang lain akan saling berusaha untuk menggagalkannya. Cerita itu begitu ringkas tetapi cukup menikam hati dan sanubari betapa sifat HASAD DENGKI bangsa Melayu cukup menebal.


Tun Dr. Mahathir pernah menjelaskan tentang punca bangsa Melayu semakin hari semakin terpencil pengaruhnya. Beliau menyatakan, bangsa Melayu yang suatu ketika dahulu dikenali sebagai peniaga terulung kini lebih suka makan gaji. Daripada setahun ke setahun anak Melayu tersebut akan mendaki setangga ke setangga sehingga menjawat jawatan yang tinggi. Apabila dia meninggal dunia, anaknya akan kembali bermula daripada tahap yang rendah seperti bapanya dahulu. Situasi ini berbeza dengan bangsa Cina. Mereka lebih suka berniaga. Mungkin mereka lebih menghayati sanda Rasulullah s.a.w bahawa 9/10 rezeki datangnya daripada perniagaan. Lelaki Cina tersebut akan bermula daripada bawah untuk berniaga, mungkin sebagai pembeli surat khabar lama. Semakin hari lelaki Cina itu akan berusaha hingga berjaya menjadi peniaga yang berjaya. Apabila dia berjaya kelak maka dia akan mewarisi perniagaan yang baik kepada anaknya. Anaknya pula akan memperbesarkan lagi perniagaan tersebut....





Teringat secebis kisah daripada filem Seniman Bujang Lapok. Apabila seorang pekerja berbangsa Melayu yang memperkeilkan usaha do re dan mi menjadi bintang filem. Jaga yang berbangsa Singh telah "membahasakan" anak Melayu tersebut dengan ayat "awak punya rezeki awak makan, dia punya rezeki dia makan, salah ke makan sama-sama".

No comments: