Sunday, October 20, 2013

Folder pendrive hilang

Pening.... pening... pening... mana taknya, pendrive kesayangan telah dijangkiti virus. Semua folder hing, check space, ada, tapi file takde. Macam mana nak buat..... ikut langkah-langkah berikut:

1. Scan antivirus... jumpa virus, bunuh....

kalau file masih takde, ikut langkah ke 2

2. masuk control panel - folder option - view - klik pada petak "show hideen files, folders and drivers

kalau folder tak jumpa juga ikut langkah ke 3

3. masuk start  - accecories - command prompt



mula-mula kenalpasti pendrive kita label sebagai apa, selalunya, G atau F. Kalau G, sila taip perkataan berikut : G:



Kemudian taip G\>attrib -h -s *.* /S /D





tunggu sehingga G: keluar semula

selesai.... kalau fail tak de juga..... lempar aje pendrive tu dalam tong sampah dan beli baru... fail??? taip semula.....

Wednesday, October 16, 2013

Aidiladha


Setiap tahun pada bulan Zulhijjah, jutaan umat Islam mengunjungi Baitullah di kota Mekah untuk menunaikan ibadat haji. Pada setiap 10 Zulhijjah, seluruh umat Islam menyambut kedatangan hari kebesaran Islam iaitu Hari Raya Aidil Adha atau Hari Raya Korban. Pada hari itu, umat Islam mengadakan solat sunat hari raya di samping menyembelih binatang ternakan seperti unta dan lembu untuk dikorbankan. Penyembelihan korban dilakukan setelah selesai solat Aidil Adha dan masih dapat dilakukan pada hari-hari tasyrik iaitu 11,12 dan 13 Zulhijjah. 

Mengikut bahasa, perkataan korban bermaksud dekat. Manakala dari segi istilah ialah menjalankan perintah agama atau taat kepada perintah Allah SWT kerana ingin mendekatkan diri kepadaNya. Dalam sejarah, menurut Al-Quran dan kitab perjanjian lama, korban pertama yang dilakukan manusia adalah oleh dua orang adik-beradik, putera Nabi Adam, Qobil dan Habil.

Kerana suatu sengketa, mereka diperintahkan untuk melaksanakan korban, untuk menentukan siapa yang benar dalam persengketaan tersebut. Kedua saudara itu lalu menyediakan korbannya. Korban Habil diterima dan korban Qobil ditolak. Oleh kerana Habil berkorban dengan ikhlas menjalankan perintah Allah, sedangkan Qobil berkorban dengan maksud menenangkan persengketaan tersebut.

Nabi Ibrahim AS setelah selesai membangun Kaabah di kota Makkah, telah mendapat perintah untuk berkorban dengan menyembelih putera tunggal kesayangannya. Sebagai manusia biasa, perintah mengorbankan anak kesayangannya amat berat untuk dilaksanakan oleh Nabi Ibrahim AS. Lebih-lebih lagi beliau dikurniakan cahaya mata setelah usianya lanjut, hasil perkahwinannya dengan Siti Hajar. Namun dengan hati yang berat, Nabi Ibrahim AS menyampaikan juga berita itu kepada puteranya Ismail mengenai mimpinya itu. Di dalam Al-Quran Surah as-Saffat: 102 maksudnya, "...Wahai anak kesayanganku! Sesungguhnya aku melihat dalam mimpi bahawa aku akan menyembelihmu, maka fikirkanlah apa pendapatmu?"

Sebagai seorang anak yang taat kepada perintah Allah SWT, Nabi Ismail AS telah menjawab dengan tenang dan menyakinkan, sebagaimana maksud ayat al-Quran:..."Wahai ayah, jalankanlah apa yang diperintahkan kepadamu, InsyaAllah, ayah akan mendapati daku dari orang yang sabar."(as-Saffat:102). Dalam suasana yang mengharukan itu, Nabi Ismail meminta ayahnya melaksanakan perintah Allah tersebut. Nabi Ibrahim mencium kening puteranya itu, diletakkan di atas pangkuannya dan bersedia menyembelih.

Pada saat itu Allah telah menunjukkan kekuasaanNya dan menggantikannya dengan seekor kibas(kambing biri-biri jantan) yang muncul secara tiba-tiba menggantikan leher Nabi Ismail. Semenjak itulah Nabi Ibrahim AS melakukan ibadat korban dengan menyembelih haiwan. Kemudian Nabi Muhammad SAW meneruskan ibadat korban sebagai syiar Islam sebagaimana yang kita laksanakan pada setiap hari raya Aidil Adha dan hari-hari tasyrik.

Kisah Nabi Ibrahim dan puteranya menunjukkan betapa kesediaan kedua orang bapa dan anak dengan rela hati dan ikhlas melaksanakan perintah Allah. Sepanjang sejarah kehidupan manusia, ramai yang telah berkorban kerana Allah SWT. Umpamanya pada zaman Rasulullah SAW, ramai para sahabat berkorban untuk menegakkan agama Islam. Mereka bukan saja berkorban harta tetapi juga jiwa raga. Saidina Ali telah mempertaruhkan nyawanya sewaktu Rasulullah SAW berhijrah ke Madinah. Saidina Abu Bakar As-Siddiq dan Saidina Uthman RA banyak mengorbankan harta untuk menegakkan agama Islam. Demikianlah pengorbanan umat Islam yang terdahulu.

Ibadat haji dan korban menuntut pengorbanan. Ini kerana tanpa semangat berkorban, orang akan keberatan untuk mengeluarkan perbelanjaan ke Mekah, meninggalkan keluarga dan pekerjaan untuk memenuhi panggilan Allah. Untuk menyembelih haiwan terpaksa juga mengeluarkan belanja. Bukan senang untuk mengorbankan harta jika hati tidak bersih daripada sifat kedekut atau sayangkan harta melaksanakan korban dengan menyembelih binatang.

Jika pada Hari Raya Aidil fitri yang lalu, kita mengeluarkan zakat fitrah bagi membantu kehidupan masyarakat yang tidak mampu, maka penyembelihan korban pada hari raya Aidil Adha dan hari-hari tasyrik berikutnya, juga dalam rangka membantu masyarakat itu sendiri. Cuba perhatikan, banyak pergolakan di dunia yang berlaku kebanyakannya ditimbulkan oleh rasa tidak puas hati antara golongan yang lemah yang tidak mempunyai kecukupan dalam kehidupan serta menderita kelaparan, terhadap mereka yang hidup dalam kesenangan dan kemewahan. Oleh kerana itu, umat Islam wajib untuk memikir dan memperhatikan nasib golongan ini, dan inilah di antara hikmah penyembelihan korban yang mulia.

Dengan demikian, ibadat penyembelihan korban di Aidil Adha bukan sahaja sebagai tanda shukur nikmat Allah SWT yang telah melebihkan rezeki kepada kita, tetapi di dalamnya terkandung rahsia hidup bermasyarakat. Daging korban itu dapat mengeratkan lagi silaturrahim sesama golongan umat Islam, juga mampu merapatkan jurang antara yang kaya dengan yang miskin. Ibadat korban dapat mengikis sifat bakhil dan terlalu sayangkan harta.

Ibadat haji yang dilakukan pada masa ini juga menunjukkan ketaatan kepada Allah, apabila seseorang itu secara sukarela mengikut kesemua rukun haji meskipun ia memenatkannya. Ibadat haji juga mengajar erti persamaan dan persaudaraan. Apabila menunaikan haji, seorang akan merasakan bahawa kedudukan mereka sama sahaja di hadapan Allah. Dengan berpakaian ihram bagi lelaki dan bertelekung bagi perempuan, seperti tiada perbezaan di antara satu sama lain; baik orang kaya atau miskin, pemimpin atau rakyat jelata. Pada saat itu, mereka merasakan ikatan ukhuwah sesama agama Islam begitu erat tanpa menghiraukan perbezaan warna kulit, bangsa, budaya dan tempat asal mereka. Semoga tetamu Allah kali ini mendapat haji yang mabrur, yakni haji yang diterima. Haji yang ganjarannya dihapuskan seluruh dosa dan layak memasuki syurga.



Saturday, October 12, 2013

Manusia dan monyet


Bila sekian lama arahan tak dipeduli. Ditegur cara baik, buat tak tau. Diletak papan tanda, dibuat tidak kisah, selagi perasaan malas menguasai diri, tak prihatin dah tempat laluan ke, padang permainan ke, yang penting boleh BUANG SAMPAH yang meyemak di rumah. Rumah bersih, taman perumahan pula kotor.

Langkah terakhir untuk sedarkan golongan ini, kain rentang dipasang "ternyata susah jadi manusia, hanya monyet yang buang sampah sembarangan". Itupun, masih ada lagi manusia berotak monyet yang buang sampah di situ....... manusia monyet daripada Planet Apes dah menghuni bumi kot.

Friday, October 11, 2013

8 Peranti Canggih Yang gagal Di Pasaran

 Di bawah ialah senarai pendek 8 peranti gimik yang pernah dihasilkan dan sebab mengapa kesemunya gagal di pasaran.




LG Optimus 3D
LGoptimsu3sdsial

Pada tahun 2011 dunia masih lagi dilanda kegilaanfilem dan televisyen 3D. Kita diberitahu 3D ialah teknologi terkini yang harus dimiliki dan televisyen 3D dibeli oleh first adopters  untuk menonton filem Avatar 3D. Youtube juga mula memberi sokongan menonton video dalam 3D pada tahun ini .Maka secara logiknya sebuah peranti pintar yang boleh merakam gambar serta video di dalam format 3D pastinya akan terjual seperti goreng pisang. Malang bagi LG Optimus 3D apabila peranti ini mula tiba di pasaran minat orang ramai terhadap 3D sudah mula perlahan. Masalah utama peranti ini (dan juga HTC Evo 3D) ialah skrin 3D tanpa cermin mata yang digunakan adalah kurang selesa untuk digunakan untuk jangka masa yang lama. Selain masalah tatalan yang tidak lancar ianya juga kerap gagal berfungsi ketika digunakan. Adalah tidak mengejutkan paska 2011, tidak ada satupun peranti 3D dikeluarkan oleh pegeluar telefon pintar dunia. Pengajaran disini ialah jangan keluarkan peranti yang mengikut “fad” dan yang paling penting sekali jika peranti anda mengakibatkan pengguna mahu muntah ianya mungkin awal-awal lagi tidak patut dijual!
SEBAB KEGAGALAN – Skrin yang membuatkan anda mahu muntah jika digunakan untuk masa yang lama.
Kyocera Echo
kyocera-echo

Selain peranti 3D, tahun 2011 juga memperlihatkan kelahiran peranti pintar dwi-skrin pertama. Kyocera Echo ialah peranti Android dengan dua skrin 3.5″ yang boleh dilipat seperti sebuah buku. Pihak Kyocera berharap dengan adanya skrin berkembar pengguna dapat melakukan dua tugasan pada satu masa dengan lebih mudah. Skrin Echo dapat berfungsi sebagai sebuah skrin besar atau melancarkan 2 aplikasi pada skrin yang berbeza. Malang bagi Echo ianya tidak mendapat sokongan yang kuat dari pembangun aplikasi untuk benar-benar memaksimakan potensi sebagai peranti pelbagai fungsi yang terbaik di pasaran. Tambah menyedihkan kerana skrin berganda jangka hayat bateri peranti ini adalah sangat pendek. Pihak Kyocera hanya meletakkan bateri sebesare 1370 mAH di dalam peranti ini! Tidak hairanlah jika anda membeli Kyocera Echo, anda akan diberikan sebuah bateri percuma untuk digunakan ketika kecemasam.
SEBAB KEGAGALAN – Jangka hayat bateri yang terlalu pendek serta tiada sokongan aplikasi yang sempurna.
Nokia 7280
nokia-7280

Pernah suatu ketika telefon bimbut dianggap sebagai aksesori fesyen. Anda pasti ingat pernah suatu ketika menggantung telefon bimbit pada leher adalah dianggap cool. Pada waktu inilah semua orang dari remaja baru akil baligh hinggakan uncle kontraktor tandas akan menggantung telefon Nokia terbaru mereka untuk tontonan umum. Malangnya majoriti telefon bimbit pada ketika itu tidak mempunyai rekaan yang cukup cantik  untuk benar-benar dianggap sebagai aksesori fesyen. Menyedari terdapat pasaran untuk “telefon fesyen”, pada tahun 2004 Nokia mengeluarkan 7260. 7270 dan 7280 di dalam koleksi Fashion Phone mereka. Rekaan tiga peranti ini mengingatkan kami kepada lukisan moden Piet Mondrian. Nokia 7360 dan 7370 tidak banyak berbeza dari rekabentuk telefon bimbit yang lain tetapi untuk 7380 Nokia memberikan rekaan yang lain daripada yang lain. Nokia 7280 kelihatan seperti sebuah gincu bibir. Jelas sekali dari astetik rekaan 7280 adalah disasarkan kepada pengguna wanita. Ia tidak dadatangi dengan papan kekunci fizikal maupun kapasitif. Untuk menaip anda perlu menggunakan roda berputar seperti iPod generasi pertama. Ini membuatkan ianya tidak mesra pengguna untuk digunakan. Nokia menyarankan pengguna meletakkan tag nama untuk setiap individu di dalam senarai nombor anda. Teknologi pengenalan suara pada tahun 2005 masih belum sempurna dan bayangkan betapa sukarnya untuk mendail nombor menggunakan telefon ini. Sekarang cuba bayangkan anda menaip SMS pula! Hayat bateri telefon ini juga pendek kerana hanya dilengkapi bateri 700 mAh. Ini adalah kecil jika dibandingkan dengan bateri 900 mAh Nokia 3310.
SEBAB KEGAGALAN – Sistem menaip menggunakan roda berputar adalah sangat tidak praktikal.
Siemens Xelibri 6
xelibri-6

Selain Nokia, Siemens juga cuba memasuki pasaran telefon fesyen, Pada tahun 2003 Siemens dengan bantuan beberapa pereka fesyen dan firma rekaan industi IDEO menghasilkan telefon Xelibri. Sebanyak 8 telefon Xelibri dihasilkan di dalam koleksi telefon fesyen ini dan setiap satunya diharapkan cukup bergaya untuk menjadi aksesori fesyen. Xelibri 6 ialah peranti berbentuk bekas bedak solek. Apabila dibuka terdapat cermin mengelilingi skrin telefon. Di atas kertas idelefon berbetuk bekas bedak mungkin idea yang munasabah. Namun apabila ianya dihasilkan dalam bentuk fizikal Xelibri 6 sebenarnya kelihatan seperti tempat duduk tandas lengkap dengan lubang pada bahagian tengah dan papan kekunci di atas tempat melabuhkan punggung! Beberapa bulan selepas dijual, kesemua telefon di dalam koleksi Xelibri dihentikan pengeluarannya kerana tidak langsung mendapat sambutan.
SEBAB KEGAGALAN - Kelihatan seperti tempat duduk tandas.
Nokia 7600
nokia-7600

Setakat ini kita sudah melihat peranti berbentuk gincu bibir dan bekas bedak solek wanita. Pada tahun 2003 Nokia 7600 dihasilkan dan ianya diilhamkan oleh rekaan daun. Menurut Nokia rekaan berbentuk daun ini kelihatan lebih semulajadi. Papan kekunci dibahagikan kepada dua barisan di kiri dan kanan skrin sebesar 2″. Masalah utama “Nokia Daun” ini ialah ianya tebal dan berbentuk empat segi. Lokasi pembesar suara dan mikrofon tidak cukup jauh untuk memudahkan anda melakukan panggilan telefon. Bentuk telefon yang paling ergonomik masih lagi segi empat tepat. Selepas7600 mengalami kegagalan, Nokia kemudian menghasilkan Nokia 7610 yang masih mengekalkan konsep rekaan daun tetapi kali ini ia berbentuk segiempat tepat. Tidak seperti 7600, 7610 ialah antara peranti yang mendapat sambutan hangat kerana rekaannya sehingga kini masih dianggap ikonik.
SEBAB KEGAGALAN – Bentuk segiempat sama menyukarkan untuk ianya digunakan untuk melakukan panggilan telefon.
Toshiba G450
toshiba-g450

Dewasa ini setiap peranti pintar akan memberikan pilihan papan kekunci yang boleh anda gunakan. Kustomasi seperti Swiftkey membolehkan anda menaip tanpa jari meninggalkan skrin. Pada Galaxy Note pula terdapat pilihan menaip menggunakan stylus. Pada tahun 2008 Toshiba merasakan cara terbaik untuk mencepatkan proses menaip ialah dengan meletakkan 2 set papan kekunci. Dari jauh Toshiba G450 yang juga boleh berfungsi sebagai modem ini kelihatan seperti sebuah hot dog. Ia juga mempunyai fungsi memainkan MP3 namum storan dalaman hanya terhad kepada 160 Megabyte. Telefon ini gagal mendapat sambutan kerana dari ulasan yang kami baca menaip menggunakan Toshiba G450 adalah amat sukar. Sungguhpun begitu kami rasakan menaip menggunakan telefon hot dog ini pastinya lebih mudah dari menaip menggunakan telefon di bawah
SEBAB KEGAGALAN – Sistem papan kekunci yang tidak mesra pengguna.
Samsung Serenata
serenata-Samsung

Ramai menyedari kerjasama diantara HTC dan Beats bagi menghasilkan sistem audio terbaik untuk telefon pintar. Kerjasama mereka berakhir minggu lalu apabila Beats membeli semula saham mereka dari HTC bernilai USD 415 Juta. Dari ura-ura yang kami dengar HTC One Max akan menjadi peranti terakhir HTC yang akan mendapatang sokongan Beats Audio. Tetapi sebelum HTC dan Beats, Samsung dan Bang & Olufson pernah bekerjasama untuk menghasilkan peranti mudah alih dengan sistem audio berkualiti tinggi. Kerjasama mereka melahirkan Serena dan Serenata. Kedua – kedua peranti ini bukan sahaja mempunyai bentuk yang aneh tetapi dilengkapi sistem papan kekunci berputar seperti iPod. Serenata memasuki pasaran pada tahun 2008 dan pada waktu itu dinggap mempunyai sistem audio yang terbaik bagi sebuah peranti mudah alih. Kelemahan peranti ini ialah sama seperti Nokia 7280 iaitu kesukaran melakukan fungsi asas seperti menaip SMS. Samsung Serenata juga tidak mendapat sambutan kerana harga jualan bermula dari USD 1600. Ini adalah sangat mahal bagi telefon yang sukar digunakan dan langsung tidak dilengkapi kamera!
SEBAB KEGAGALAN – Harga yang tidak munasabah bagi peranti yang sukar digunakan untuk menaip.
Pantech PT-S170
pantech_curitel_pt-s170

Di dalam koleksi telefon Nokia kami, N93 ialah antara yang paling kami sayangi selepas Nokia Communicator 9000. N93 unik kerana skrinnya boleh diputarkan apabila digunakan sebagai perakam video. Rekabentuk telefon boleh berubah seperti Transformers ini dimulakan oleh N92 yang muncul pada tahun 2005. Rekebentuk yang unik ini menjadikan N93, N93i dan N92 peranti yang harus dimiliki sekirinya anda mampu. Pantech PT-S170 ialah percubaan Pantech untuk menghasilkan peranti dengan fungsi yang serupa tanpa disaman oleh Nokia kerana pencabulan harta intelek. Tidak seperti N92, Pantech PT-S170 ialah sebuah telefon slider dengan skrin yang boleh diputarkan untuk kegunaan mengambil video. Rekaan telefon ini nampak agak tidak semenggah dan terlalu kompleks. Seperti Samsung Galaxy Round, Pantech PT-S170 hanya dijual di pasaran Korea Selatan. Kerana sambutan yang dingin ianya tidak pernah dijual untuk pasaran antarabangsa.
SEBAB KEGAGALAN – Rekaan terlaku kompleks dan agak berserabut

Saturday, October 5, 2013

Atlantis : Kisah Benua Yang Hilang





Lihat pada gambar,Menurut Kisah dari Plato,disitulah letak dari Benua Atlantis


Legenda yang berkisah tentang "Atlantis", pertama kali ditemui dalam karangan filsafat Yunani kuno: Dua buah catatan dialog Plato (427-347 SM) yakni: buku Critias dan Timaeus.

Pada buku Timaeus, Plato berkisah: Di hadapan "Selat Mainstay Haigelisi, ada sebuah pulau yang sangat besar, dari sana kalian dapat pergi ke pulau lainnya, di depan pulau-pulau itu adalah seluruhnya daratan yang dikelilingi laut samudera, itu adalah kerajaan Atlantis. Ketika itu Atlantis baru akan melancarkan perang besar dengan Athena, namun di luar dugaan Atlantis tiba-tiba mengalami gempa bumi dan banjir, tidak sampai sehari semalam, tenggelam sama sekali di dasar laut. negara besar yang mempunyai peradaban tinggi itupun lenyap dalam semalam."

Satu bahagian dalam dialog buku Critias, tercatat kisah Atlantis yang dikisahkan oleh adik sepupu Critias. Critias adalah murid dari ahli filsafat Socrates , tiga kali ia menekankan keberadaan Atlantis dalam dialog.Kisahnya berasal dari cerita lisan Joepe yaitu moyang lelaki Critias, sedangkan Joepe juga mendengarnya dari seorang penyair Yunani bernama Solon ( 639-559 SM). Solon adalah yang paling bijaksana di antara 7 mahabijak Yunani kuno, suatu kali ketika Solon berkeliling Mesir, dari tempat pemujaan makam leluhur mengetahui legenda Atlantis. Catatan dalam dialog, secara garis besar seperti berikut ini:

"Ada sebuah daratan raksasa di atas Samudera Atlantik arah barat Laut Tengah yang sangat jauh, yang bangga dengan peradabannya yang menakjubkan. Ia menghasilkan emas dan perak yang tak terhitung banyaknya: istana dikelilingi oleh tembok emas dan dipagari oleh dinding perak. Dinding tembok dalam istana bertakhtakan emas,cemerlang dan megah. Di sana, tingkat perkembangan peradabannya memukau orang. Memiliki pelabuhan dan kapal dengan perlengkapan yang sempurna, juga ada benda yang bisa membawa orang terbang. Kekuasaannya tidak hanya terbatas di Eropa, bahkan jauh sampai daratan Afrika. Setelah dilanda gempa dahsyat,tenggelamlah ia ke dasar laut beserta peradabannya, juga hilang dalam ingatan orang-orang."
 
Penyelidikan Arkeolog
Menurut perhitungan versi Plato, waktu tenggelamnya kerajaan Atlantis, kurang lebih 11.150 tahun silam. Plato pernah beberapa kali mengatakan, keadaan kerajaan Atlantis diceritakan turun-temurun. Sama sekali bukan rekaannya sendiri. Plato bahkan pergi ke Mesir minta petunjuk biksu dan rahib terkenal setempat waktu itu. Guru Plato yaitu Socrates ketika membicarakan tentang kerajaan Atlantis juga menekankan, karena hal itu adalah nyata, nilainya jauh lebih kuat dibanding kisah yang direkayasa.

Jika semua yang diutarakan Plato memang benar-benarnyata, maka sejak 12.000 tahun silam, manusia sudah menciptakan peradaban. Namun di manakah kerajaan Atlantis itu? Sejak ribuan tahun silam orang-orang menaruh minat yang sangat besar terhadap hal ini. Hingga abad ke-20 sejak tahun 1960-an, laut Bermuda yang terletak di bagian barat Samudera Atlantik, di kepulauan Bahama, dan laut di sekitar kepulauan Florida pernah berturut-turut diketemukan keajaiban yang menggemparkan dunia.


*Suatu hari di tahun 1968, kepulauan Bimini di sekitar Samudera Atlantik di gugusan Pulau Bahama, laut tenang dan bening bagaikan kaca yang terang, tembus pandang hingga ke dasar laut. Beberapa penyelam dalam perjalanan kembali ke kepulauan Bimini, tiba-tiba ada yang menjerit kaget. Di dasar laut ada sebuah jalan besar! Beberapa penyelam secara bersamaan terjun ke bawah, ternyata memang ada sebuah jalan besar membentang tersusun dari batu raksasa. Itu adalah sebuah jalan besar yang dibangun dengan menggunakan batu persegi panjang dan poligon, besar kecilnya batu dan ketebalan tidak sama, namun penyusunannya sangat rapi, konturnya cemerlang. Apakah ini merupakan jalan posnya kerajaan Atlantis?

*Awal tahun '70-an, sekelompok peneliti telah tiba di sekitar kepulauan Yasuel, Samudera Atlantik. Mereka telah mengambil inti karang dengan mengebor pada kedalaman 800 meter di dasar laut, atas ungkapan ilmiah, tempat itu memang benar-benar sebuah daratan pada 12.000 tahun silam. Kesimpulan yang ditarik atas dasar teknologi ilmu pengetahuan, begitu mirip seperti yang dilukiskan Plato! Namun, apakah di sini tempat tenggelamnya kerajaan Atlantis?

*Tahun 1974, sebuah kapal peninjau laut Uni Soviet telah membuat 8 lembar foto yang jika disarikan membentuk sebuah bangunan kuno mahakarya manusia! Apakah ini dibangun oleh orang Atlantis?

*Tahun 1979, ilmuwan Amerika dan Perancis dengan peranti instrumen yang sangat canggih menemukan piramida di dasar laut "segitiga maut" laut Bermuda. Panjang piramida kurang lebih 300 meter, tinggi kurang lebih 200 meter, puncak piramida dengan permukaan samudera hanya berjarak 100 meter, lebih besar dibanding piramida Mesir. Bagian bawah piramida terdapat dua lubang raksasa, air laut dengan kecepatan yang menakjubkan mengalir di dasar lubang.



ATLANTIS digambarkan sebagai peradaban dengan tingkat kemajuan teknologi yang tinggi.Konon,Pesawat Terbang,Pendingin ruangan,batu baterai,dll telah ada pada masa itu

Piramida besar ini, apakah dibangun oleh orang-orang Atlantis? Pasukan kerajaan Atlan pernah menaklukkan Mesir, apakah orang Atlantis membawa peradaban piramida ke Mesir? Benua Amerika juga terdapat piramida, apakah berasal dari Mesir atau berasal dari kerajaan Atlantis?

*Tahun 1985, dua kelasi Norwegia menemukan sebuah kota kuno di bawah areal laut "segitiga maut". Pada foto yang dibuat oleh mereka berdua, ada dataran, jalan besar vertikal dan horizontal serta lorong, rumah beratap kubah, gelanggang aduan (binatang), kuil,bantaran sungai dll. Mereka berdua mengatakan: "Mutlak percaya, yang kami temukan adalah Benua Atlantik! Sama persis seperti yang dilukiskan Plato!" Benarkah itu?

Yang disayangkan, piramida dasar laut segitiga Bermuda, berhasil diselidiki dari atas permukaan laut dengan menggunakan instrumen canggih, hingga kini belum ada seorang pun ilmuwan dapat memastikan apakah sebuah bangunan yang benar-benar dibangun oleh tenaga manusia, sebab mungkin saja sebuah puncak gunung bawah air yang berbentuk limas.

Foto peninggalan bangunan kuno di dasar laut yang diambil tim ekspedisi Rusia, juga tidak dapat membuktikan di sana adalah bekas tempat kerajaan Atlantis. Setelah itu ada tim ekspedisi menyelam ke dasar samudera jalan batu di dasar lautan Atlantik Pulau Bimini, mengambil sampel "jalan batu" dan dilakukan penelitian laboratorium serta dianalisa.

Hasilnya menunjukkan, bahwa jalan batu ini umurnya belum mencapai 10.000 tahun. Jika jalan ini dibuat oleh bangsa kerajaan Atlantis, setidak-tidaknya tidak kurang dari 10.000 tahun. Mengenai foto yang ditunjukkan kedua kelasi Norwegia itu, hingga kini pun tidak dapat membuktikan apa-apa.

Satu-satunya kesimpulan tepat yang dapat diperoleh adalah benar ada sebuah daratan yang karam di dasar laut Atlantik. Jika memang benar di atas laut Atlantik pernah ada kerajaan Atlantis, dan kerajaan Atlantis memang benar tenggelam di dasar laut Atlantik, maka di dasar laut Atlantik pasti dapat ditemukan bekas-bekasnya. Hingga saat ini, kerajaan Atlantis tetap merupakan sebuah misteri sepanjang masa.

Waze : GPS terbaik untuk android


Walaupun harga GPS yang semakin murah sekarang, namun secara umumnya pengguna masih memerlukan penggunaan GPS melalui smartphone mereka. Tambahan pula kita bukannya sering membawa set GPS kita terutamanya ketika berjalan-jalan di kawasan yang terdekat dengan tempat tinggal kita. Ada ketikanya kita tetap memerlukan gps terutamanya untuk mencari nama jalan. Ketika inilah sistem gps smartphone cukup berguna kerana pastinya dalam situasi itu kita pasti membawa smartphone.

Setelah mencuba beberapa jenis software GPS, akhirnya saya telah tertawan dengan Waze. Apatah lagi, Waze ditawarkan secara percuma, cuma anda memerlukan sambungan internet secara berterusan untuk memastikan penggunaannya semua fungsinya berjalan lancar. Software ini terasa cukup user friendly. Menu yang disediakan cukup ringkas, mudah difahami dan jelas.
 

Waze mempunyai ciri lengkap sebagaiman GPS sebenar. Malahan kelebihan utamanya adalah, map yang disediakan cukup terkini. Malahan ciri utama waze yang mungkin tiada dalam software GPS lain adalah Waze membolehkan anda mengetahui terlebih dahulu jalan raya yang terlibat  dalam kesesakan lalu lintas, kemalangan jalan raya, sekatan jalan raya oleh pihak polis atau sekiranya berlaku kemalangan jalan raya di kawasan yang ingin anda lalui. Caranya adalah, pengguna waze digalakkan melaporkan sekiranya mereka menghadapi sebarang masalah sepanjang perjalanan mereka. Laporan mereka akan dapat disebarkan kepada rakan-rakan pengguna yang lain.
 

Pemantauan aliran trafik amat penting bagi memastikan kita dapat merancang perjalanan dengan baik. Ciri ini menyebabkan waze menjadi senantiasa berguna dan tidak hanya berfungsi sebagai penunjuk arah sahaja. Jalan yang ditandakan dengan warna merah menggambarkan kesesakan lalulintas yang tinggi sedang berlaku di kawasan tersebut. 

 

Satu lagi ciri waze seperti juga yang ditawarkan oleh software GPS yang lain adalah, anda dapat mencari lokasi-lokasi tertentu seperti stesyen minyak, bank atau medan selera yang terdekat. Ciri ini mat berguna sekiranya anda berada di tempat orang. Tak perlulah berhenti di tepi jalan semata-mata untuk bertanya lokasi stesyen minyak terdekat.
 
Satu ciri waze yang lain daripada yang lain ialah menu "pick up". Melalui menu ini anda dapat menyatakan lokasi anda terkini serta mengetahui lokasi sahabat anda yang berada di tempat lain walaupun sahabat anda itu BUKAN pengguna waze. Seperi yang dinyatakan tadi, waze memerlukan sambungan internet untuk beroperasi seara optimun. Dengan ini lokasi terkini anda dapat dihantar melelui sms atau instant mesengger. Fungsi ini membolehkan anda berjumpa dengan sahabat anda tanpa perlu susah susah mencari alamat.
 

Waze sebenarnya telah dibeli oleh google, ini menyebabkan mereka sedang dalam proses mengintergasikan android map dengan waze. Kepada pengguna smartphone, saya galakkan anda cuba menggunakan perisian ini. Walaupun mungkin anda merupakan pemandu yang cukup  mahir selok belok jalan raya, tapi percayalah, suatu ketika nanti anda tetap memerlukan gps android waze ini. Yang penting software ini PERCUMA. 

Friday, October 4, 2013

Segitiga Bermuda



Segitiga Bermuda terletak di sebelah barat Samudera Atlantik, sebelah tenggara wilayah Miami Florida, AS. Tepatnya sebagian besar wilayah ini membentuk segitiga, antara kepulauan Bermuda, Puerto Rico di Jamaica dan bagian selatan Florida AS. Luas Segitiga Bermuda ini kira2 1,2 juta kilometer persegi terdiri dari 300 pulau kecil yang dihuni 65.000 penduduk.

Segitiga Bermuda merupakan teka-teki alam semesta yang membuat manusia bingung untuk mengungkapkannya semenjak 500 tahun lalu apabila Colombus menemui Amerika pada tahun 1492 M. Hingga sekarang ia tetap menjadi misteri sekalipun berbagai perkiraan dan prediksi telah disampaikan. Fenomena ini merupakan salah satu keajaiban alam yang sering dibicarakan dari semasa ke semasa. Semuanya diliputi keanehan dan ketidak jelasan.

Misteri hilangnya beberapa kapal laut dan pesawat terbang di wilayah  yang disebut ‘Segitiga Bermuda’ kini tersingkap sudah. Singkirkan  jauh-jauh teori tentang pesawat luar angkasa alien, anomali waktu,  piramida raksasa bangsa Atlantis, atau fenomena meteorologis.

Segitiga Bermuda adalah sebuah fenomena gas akut biasa, demikian tulis  Salem-News.com. Gas alam, sama seperti gas yang dihasilkan oleh air  mendidih, terutama gas metana, adalah punca  utama kehilangan beberapa pesawat terbang dan kapal laut. Bukti dari penemuan yang  membawa sudut pandang baru terhadap misteri yang menghantui dunia selama  bertahun-tahun itu terungkap dalam laporan American Journal of Physics.

Professor Joseph Monaghan meneliti hipotesis itu ditemani oleh David May  di Monash University, Melbourne, Australia. Dua hipotesis dari  penelitian itu adalah buih-buih raksasa gas metana keluar dari dasar  lautan yang menjadi punca misteri peristiwa-peristiwa yang berlaku di kawasan tersebut.

Ivan T Sanderson sebenarnya telah mengenalpasti punca-punca kejadian misteri ini sejak tahun 1960-an. Sanderson bahkan menggambarkan sebenarnya  kejadian-kejadian misteri berlaku di kawasan segitiga.. Sanderson menemui bahawa bukan saja Segitiga Bermuda tetapi  Laut Jepun dan Laut Utara adalah dua kawasan tempat kejadian misteri  sering terjadi.

Para Oseanograf yang menjelajah di dasar laut Segitiga Bermuda dan Laut  Utara, wilayah di antara Eropa daratan dan Inggris melaporkan menemukan  banyak kandungan metana dan kesan-kesan bekas longsoran. Lanjutan dari  perkaitan itu dan data-data yang tersedia dua peneliti itu  menggambarkan apa yang terjadi jika sebuah buih metana raksasa meledak  dari dasar laut.

Metana, yang biasanya membeku di bawah lapisan bebatuan bawah tanah,  boleh keluar dan berubah menjadi buih gas yang membesar secara geometris  ketika ia bergerak ke atas. Ketika mencapai permukaan air, buih berisi  gas itu akan terus membesar ke atas dan ke luar.

Setiap kapal yang terperangkap di dalam balon gas raksasa itu akan  langsung goyah dan tenggelam ke dasar lautan. Jika buih itu cukup besar  dan memiliki kepadatan yang cukup, maka pesawat terbang pun bisa  dihantam jatuh olehnya. Pesawat terbang yang terjebak di bio
 metana  raksasa, berkemungkinan mengalami keruskan mesin kerana diselimuti oleh  metana dan segera kehilangan daya angkatnya.

Kisah-Kisah Misteri Segitiga Bermuda 
  • Sebuah Argumen dari suatu Perusahaan Asuransi Kapal Laut
Perusahaan asuransi laut Lloyd’s of London menyatakan bahwa segitiga bermuda bukanlah lautan yang berbahaya dan sama seperti lautan biasa di seluruh dunia, asalkan tidak membawa angkutan melebihi ketentuan ketika melalui wilayah tersebut. Penjaga pantai mengkonfirmasi keputusan tersebut. Penjelasan tersebut dianggap masuk akal, ditambah dengan sejumlah pengamatan dan penyelidikan kasus.
  • Teori Lorong Waktu
Menurut beberapa peneliti,mungkin di kawasan ini terdapat sebuah gangguan atmosfir di udara berupa lubang di langit. Ke lubang itulah pesawat terbang masuk tanpa sanggup untuk keluar lagi.
Dari misteri “Lubang di Langit” ini membentuk sebuah teori tentang adanya semacam perhubungan antara dunia dengan dimensi lain. lubang di Langit itu dianggap semacam alat transportasi seperti tampak di film Star Trek. Ataukah bentuk Lubang di Langit itu UFO? Orang sering menghubungkan hilangnya pesawat kita dengan munculnya UFO.
  • Teori Blue Hole
Konon di dasar laut segitiga bermuda terdapat semacam lubang/gua dasar laut,dulu gua ini memang sungguh ada, tetapi setelahjaman es berlalu, gua ini tertutup.Arus didalamnya sangat kuat dan sering membuat pusaran yang berdaya hisap.
Banyak kapal-kapal kecil atau manusia yang terhisap ke dalam blue hole itu tanpa daya, dan anehnya kapal-kapal kecil yang terhisap itu akan muncul kembali ke permukaan laut selang beberapa lama.
Tapi yang menimbulkan pertanyaan ialah: Mungkinkah Blue Hole ini sanggup menelan kapal raksasa ke dasar lautan?
  • Teori Gas Metana
Penjelasan lain dari beberapa peristiwa lenyapnya pesawat terbang dan kapal laut secara misterius adalah adanya gas methana di wilayah perairan tersebut. Teori ini dipublikasikan untuk pertama kali tahun 1981 oleh Badan Penyelidikan Geologi Amerika Syarikat.

Di bagian barat lautan Atlantik, ada area tertentu (laut sargaso) yang terkenal sangat aneh. Di tempat ini air lautan dihuni oleh jenis tertentu dari binatang laut yang disebut “Sarjasam”, yang biasa mengapung dalam jumlah besar, dalam bentuk kelompok-kelompok yang bisa menghalangi laju perahu dan kapal laut. Dulunya, Colombus ketika pertama kali sampai ditempat ini, ia meyakini bahwa dirinya telah dkt dengan daratan (pantai), krn itu ia semakin bersemangat melanjuntukan perjalanan dengan harapan akan segera sampai di pantai terdekat, akan tetapi usahanya sia-sia.

Laut sargaso juga terkenal dengan keheningan yang sangat. Ia adalah laut mati, tidak didapati gerakan apapun karena jarangnya hembusan udara dan angin yang menerpanya. Para pelaut menjulukinya dengan banyak nama, antara lain “laut seram” dan “kuburan atlantik”. Hal ini mereka saksikan dari suasana mencekam dan ketakutan luar biasa pada saat mereka berlayar.

Permulaan hilangnya kapal-kapal di Bermuda, pada th 1850, hilang di wilayah ini atau dekat dengannya lebih dari 50 kapal. Sebagian nahkoda berhasil mengirimkan surat-surat (telegram) pada saat-saat genting, akan tetapi anehnya surat-surat tersebut tidak jelas sehingga tidak seorang pun yang bisa memahaminya.

Kebanyakan kapal yang hilang adalah milik pemerintahan AS. Yang pertamakali adalah kapal Enserjen, yang hilang dengan memuat 340 penumpang. Disusul hilangnya kapal selam Scorpion pada th 1968 yang mengangkut 99 pelaut.

Termasuk kapal yang hilang di Segitiga bermuda, pada th 1880, kapal perang Inggris Atlanta yang mengangkut 290 jiwa, kemudian pada th 1918 kapal Amerika Saiklob yang mengangkut 309 orang. Pada bulan April 1925, kapal pengangkut barang Raifuku Maru dari Jepang, yang boleh dikatakan sudah modern dilengkapi pemancar radio, dan segitu layak laut cepat sekali tenggelam setelah mengirim berita :”seperti pisau raksasa! Cepat tolong! kami tak mungkin lolos!” kapal itu ditelan ombak bersama seluruh awaknya tak ada yang tersisa.

Bulan oktober 1951, kapal tanker Southern Isles mengalami nasib serupa. Ketika berlayar dalam konvoi, tiba-tiba ia hilang sampai kapal-kapal yang lain hanya melihat cahaya yang ditinggalkannya sedang tenggelam kedasar laut.

Fenomena Tersedotnya Pesawat
Keanehan ini juga berimbas ke wilayah udara lautan Atlantik, dimana banyak pesawat tiba-tiba raib saat melewati udara lautan atlantik, atau melalui udara Bermuda. Pada 5 Desember th 1945, formasi lengkap 5 buah pesawat pelempar torpedo Grumman TMB-3 Avenger AL AS raib dihari yang msh siang. Sebuah pesawat penyelamat yang ingin mencari sisa-sisanya pun ditelan ombak di “laut yang tidak beres” itu. Lima jet tempur itu bertolak dari pangkalan udara Forth Lauderdale di utara Miami wilayah Florida,AS dalam rangka misi pelatihan.

Penerbangan ini dimulai dari Florida pukul 14.40 menuju arah timur sejauh 160 mil, kemudian belok ke utara sejauh 40 mil, dan akhirnya ke Barat Daya untuk kembali ke pangkalan lagi. Dalam perjalanan ada acara latihan menyerang beberapa bangkai kapal di pantai kepulauan Great Sale Clay. Saat itu lima pesawat terbang dalam formasi segitiga.

Lima pesawat tempur ini diawaki oleh 5 pilot dibantu 8 tenaga ahli yang sangat mahir dan berpengalaman. Pada pukul 15.45 saat pimpinan pangkalan militer menunggu berita dari skuadron 19, untuk menentukan letak pangkalan dan kode landing, pimpinan pangkalan militer tersebut sekonyong-konyong menerima berita aneh dari Pilot penerbangan (Letnan Charles Taylor), berteriak mengatakan:
” Ini gawat Pak! kami sepertinya khilangan arah! Tak ada daratan.
Ulangi! Tak ada daratan! Saya tidak bisa menentukan arah, kami telah nyasar di angkasa, semuanya terlihat asing dan membingungkan, kami tidak tau arah!”
Menara pengawas mananyakan formasi pesawat tapi Taylor menjawab:
“Tak tahu persis dimana kami berada!”
“Terbanglah ke Barat” perintah menara
Tapi kemudian lama sekali tidak ada kontak. Lalu ada percakapan simpang siur dari beberapa orang penerbang yang lain.
“Kami tidak tahu dimana arah Barat itu. Ada yang tidak beres ini. Semua terlihat aneh, bahkan lautnya juga” Sesudah sepi sejenak, komandan penerbangan menyerahkan komando kepada penerbang lain tanpa alasan yang jelas. Komandan baru ini melapor dengan suara setengah histeris:
” Ya Tuhan! Dimana kami ini! Mungkin kami sudah melewati Florida dan terbang di atas Teluk Meksiko!”
Pada saat itu komandan yang baru memutuskan untuk terbang kembali 180 derajat ke arah Florida lagi, tetapi dari kenyataan sinyal radionya makin lama makin lemah, diduga ia justru terbang lebih menjauhi pangkalan. Lapora terakhir yang ditangkap ialah :
“Nampaknya kami memasuki air putih, tamatlah kami!”
Segera sesudah kontak dengan penerbang itu putus, sebuah pesawat amfibi PBM-5 martin Mariner mengangkasa untuk memberi pertolongan. Beberapa menit kemudian, pesawat ini melaporkan posisinya, tapi kemudian pemancarnya diam. Pesawat ini hilang juga bersama 13 awak pesawat. tak berbekas seperti lima pesawat Grumman yang hendak ditolong. Menurut saksi mata diatas kapal tanker Gaines miles yang kebetulan berlayar di daerah itu, pesawat amfibi itu jatuh ke laut.
Termasuk pesawat yang raib adalah:
  1. Pada th 1945, raib dua buah pesawat pengebom milik angkatan bersenjata AS.
  2. Pada th 1948, pesawat penumpang Inggris Star Tiger yang mengangkut 313 penumpang raib.
  3. Kembali pesawat penumpang inggris , Star Ariel yang mengangkut 474 penumpang juga raib.
  4. Pada th 1956, pesawat P5M milik angkatan laut AS raib bersama 5 orang penumpangnya.
Teori ini berhasil diuji coba di laboratorium dan hasilnya memuaskan beberapa orang tentang penjelasan yang masuk akal seputar misteri lenyapnya pesawat-pesawat dan kapal laut yang melintas di wilayah tersebut.
  • Teori Misteri Lidah Lautan
Kawasan Segitiga bermuda sering juga disebut sebagai Tongue of the Ocean atau Lidah Lautan.Lidah Lautan mempunyai jurang bawah laut (canyon).Ada beberapa peristiwa kecelakaan di sana.
Tidak banyak yang belum diketahui tentang Segitiga Bermuda, sehingga orang menghubungkan misteri Segitiga Bermuda ini dengan misteri lainnya. Misalnya saja misteri Naga Laut yang pernah muncul di Tanjung Ann, Massachussets AS, pada bulan Agustus 1917.
  • Teori Misteri Makhluk Sargasso
Misteri lain yang masih belum terungkap adalah misteri Makhluk Laut Sargasso, yang bukan semata-mata khayalan. Di Lautan Sargasso,banyak kapal yang tak pernah sampai ke tujuannya dan terkubur di dasar laut.
Di sana terhimpun kapal-kapal dari berbagai jaman, harta karun, mayat tulang belulang manusia. Luas Laut Misteri Sargasso ini 3650 km untuk panjang dan lebarnya 1825 km, dan di sekelilingnya mengalir arus yang kuat sekali, sehingga membentuk pusaran yang sangat luas yang berputar perlahan-lahan searah jarum jam.
  • Teori Angin Puting Beliung
Mungkin di area ini sering terjadi badai laut yang mungkin bisa membentuk suatu pusaran angin yang dapat menyebabkan hancurnya sebuah pesawat terbang kerana terhempas.

Thursday, October 3, 2013

Kisah Wanita Derhaka


Inilah kisah seorang wanita,
Apabila nafsu mula bertakhta,
Yang halal dilempar, yang haram didamba,
Bagaikan dunia milik selama.

Apabila kata bertukar dusta,
Pahala dan dosa tiada beza,
Suami yang ada tiada dijiwa,
Dikejar jantan semarak dosa.

Suami mithali semuanya ada,
Ilmu dunia akhirat utama,
Walau mungkin harta seada,
Namun cukup kasih sayangnya.

Kerana nafsu mula beraja
Zina bagai makanan sahaja,
Tanpa sedar dunia yang fana,
Kerana akhirat kekal selama.

Kepada suami cerai dipinta,
Sengaja menggegar arasy yang esa,
Tanpa kau sedar realiti dunia,
Tergolonglah engkau perempuan yang hina.

Suatu masa suatu ketika,
Pabila engkau mula terjaga,
Yang mana permata yang mana kaca,
Namun ketentuan tuhan yang esa,
Derita di dunia menyesal di sana.

Wednesday, October 2, 2013

Samsung Galaxy S3 mini



Kepada sesiapa yang mementingkan gaya,  yang mementingkan status tetapi lebih berpegang kepada prinsip alah membeli menang memakai,  maka,  samsung s3 mini merupakan pilihan yang paling tepat.

Pengalaman  menggunakan s3 mini selama lebih 6 bulan membuktikan penyataan tersebut.  Prestasi yang mantap serta keupayaan pemprosesan yang tinggi menyebabkan wang yang dilaburkan terasa cukup berbaloi. Kualiti gambar yang dihasilkan oleh kamera 5mp cukup  cemerlang.

Saiz s3 mini yang kecil memudahkan untuk dibawa ke mana-mana sahaja dan digunakan dalam apa jua situasi sebab  menggunakan sebelah tangan sahaja.
Skrin yang tersedia terasa cukup selesa untuk melayari internet secara mobile.

Hakikat s3 mini merupakan sebuah smartphone yang   cemerlang tidak dapat disangkal lagi. Telefon ini cukup sesuai untuk lelaki yang sentiasa terbatas pergerakan sekiranya membawa telefon yang berskrin besar. Malahan keupayaan bateri cukup  cemerlang kerana mampu bertahan sehari pada tahap penggunaan ekstrem kecuali anda terlalu banyak melayari youtube.

Ingatlah pada pesan orang dahulu kala "tak ada beban batu digalas". Apalah guna membawa telefon yang besar sekiranya kita mempunyai pilihan untuk memiliki telefon yang kecil tetapi berkuasa.

PMR 2013

Hari ini 2 Oktober 2013 lebih 400 ribu pelajar ting 3 akan menduduki peperiksaan PMR.  Harapan ribuan ibu bapa dan harapan guru tergantung di pundak pelajar.  Segala usaha yang telah dijalankan selama 3 tahun akan diuji dalam masa beberapa hari.
Kepada pelajar, ikutlah beberapa panduan berikut:

1. Jangan tidur lewat

2. Jangan bangun terlalu awal

3. Bangun sebelum azan subuh,  paling awal jam 5:30 pagi.  Mandi sebelum subuh,  solat subuh dan makan sedikit untuk mengalas perut.

4. Sebelum ke sekolah bersalaman dengan ibu bapa,  mohon maaf,  biar anda pergi ke sekolah dengan perasaan tenang.

5. Baca doa sebelum memulakan peperiksaan. 

6. Baca soalan sampai habis,  fahami kehendak soalan,  jangan gopoh gapah, jangan terlalu teruja sekiranya soalan ramalan keluar.

7. Baca semula skrip jawapan selepas selesai menulis. 

Tuesday, October 1, 2013

Balada Bazar Ramadhan

Ramadhan telah lama meninggalkan kita. Kemeriahan bazar ramadhan telah lama meninggalkan nostalgia.  Untung berniaga mungkin sudah tinggal berapa sen cuma.

Malangnya, sikap dan metaliti penjaja masih berada di takuk lama. Peribahasa lama habis madu sepah dibuang cukup sesuai menggambarkan situasi ini.  Khemah atau bangsal yang digunakan untuk mencari rezeki dibiarkan mereput begitu sahaja.  Cacat pemandangan cacat persekitaran.  Pentingkan diri.  Apa salahnya khemah yang digunakan disimpan kembali.  Manusia. ....  manusia. .....