Wednesday, October 2, 2013

Samsung Galaxy S3 mini



Kepada sesiapa yang mementingkan gaya,  yang mementingkan status tetapi lebih berpegang kepada prinsip alah membeli menang memakai,  maka,  samsung s3 mini merupakan pilihan yang paling tepat.

Pengalaman  menggunakan s3 mini selama lebih 6 bulan membuktikan penyataan tersebut.  Prestasi yang mantap serta keupayaan pemprosesan yang tinggi menyebabkan wang yang dilaburkan terasa cukup berbaloi. Kualiti gambar yang dihasilkan oleh kamera 5mp cukup  cemerlang.

Saiz s3 mini yang kecil memudahkan untuk dibawa ke mana-mana sahaja dan digunakan dalam apa jua situasi sebab  menggunakan sebelah tangan sahaja.
Skrin yang tersedia terasa cukup selesa untuk melayari internet secara mobile.

Hakikat s3 mini merupakan sebuah smartphone yang   cemerlang tidak dapat disangkal lagi. Telefon ini cukup sesuai untuk lelaki yang sentiasa terbatas pergerakan sekiranya membawa telefon yang berskrin besar. Malahan keupayaan bateri cukup  cemerlang kerana mampu bertahan sehari pada tahap penggunaan ekstrem kecuali anda terlalu banyak melayari youtube.

Ingatlah pada pesan orang dahulu kala "tak ada beban batu digalas". Apalah guna membawa telefon yang besar sekiranya kita mempunyai pilihan untuk memiliki telefon yang kecil tetapi berkuasa.

No comments: