Thursday, October 3, 2013

Kisah Wanita Derhaka


Inilah kisah seorang wanita,
Apabila nafsu mula bertakhta,
Yang halal dilempar, yang haram didamba,
Bagaikan dunia milik selama.

Apabila kata bertukar dusta,
Pahala dan dosa tiada beza,
Suami yang ada tiada dijiwa,
Dikejar jantan semarak dosa.

Suami mithali semuanya ada,
Ilmu dunia akhirat utama,
Walau mungkin harta seada,
Namun cukup kasih sayangnya.

Kerana nafsu mula beraja
Zina bagai makanan sahaja,
Tanpa sedar dunia yang fana,
Kerana akhirat kekal selama.

Kepada suami cerai dipinta,
Sengaja menggegar arasy yang esa,
Tanpa kau sedar realiti dunia,
Tergolonglah engkau perempuan yang hina.

Suatu masa suatu ketika,
Pabila engkau mula terjaga,
Yang mana permata yang mana kaca,
Namun ketentuan tuhan yang esa,
Derita di dunia menyesal di sana.

No comments: