Saturday, October 5, 2013

Waze : GPS terbaik untuk android


Walaupun harga GPS yang semakin murah sekarang, namun secara umumnya pengguna masih memerlukan penggunaan GPS melalui smartphone mereka. Tambahan pula kita bukannya sering membawa set GPS kita terutamanya ketika berjalan-jalan di kawasan yang terdekat dengan tempat tinggal kita. Ada ketikanya kita tetap memerlukan gps terutamanya untuk mencari nama jalan. Ketika inilah sistem gps smartphone cukup berguna kerana pastinya dalam situasi itu kita pasti membawa smartphone.

Setelah mencuba beberapa jenis software GPS, akhirnya saya telah tertawan dengan Waze. Apatah lagi, Waze ditawarkan secara percuma, cuma anda memerlukan sambungan internet secara berterusan untuk memastikan penggunaannya semua fungsinya berjalan lancar. Software ini terasa cukup user friendly. Menu yang disediakan cukup ringkas, mudah difahami dan jelas.
 

Waze mempunyai ciri lengkap sebagaiman GPS sebenar. Malahan kelebihan utamanya adalah, map yang disediakan cukup terkini. Malahan ciri utama waze yang mungkin tiada dalam software GPS lain adalah Waze membolehkan anda mengetahui terlebih dahulu jalan raya yang terlibat  dalam kesesakan lalu lintas, kemalangan jalan raya, sekatan jalan raya oleh pihak polis atau sekiranya berlaku kemalangan jalan raya di kawasan yang ingin anda lalui. Caranya adalah, pengguna waze digalakkan melaporkan sekiranya mereka menghadapi sebarang masalah sepanjang perjalanan mereka. Laporan mereka akan dapat disebarkan kepada rakan-rakan pengguna yang lain.
 

Pemantauan aliran trafik amat penting bagi memastikan kita dapat merancang perjalanan dengan baik. Ciri ini menyebabkan waze menjadi senantiasa berguna dan tidak hanya berfungsi sebagai penunjuk arah sahaja. Jalan yang ditandakan dengan warna merah menggambarkan kesesakan lalulintas yang tinggi sedang berlaku di kawasan tersebut. 

 

Satu lagi ciri waze seperti juga yang ditawarkan oleh software GPS yang lain adalah, anda dapat mencari lokasi-lokasi tertentu seperti stesyen minyak, bank atau medan selera yang terdekat. Ciri ini mat berguna sekiranya anda berada di tempat orang. Tak perlulah berhenti di tepi jalan semata-mata untuk bertanya lokasi stesyen minyak terdekat.
 
Satu ciri waze yang lain daripada yang lain ialah menu "pick up". Melalui menu ini anda dapat menyatakan lokasi anda terkini serta mengetahui lokasi sahabat anda yang berada di tempat lain walaupun sahabat anda itu BUKAN pengguna waze. Seperi yang dinyatakan tadi, waze memerlukan sambungan internet untuk beroperasi seara optimun. Dengan ini lokasi terkini anda dapat dihantar melelui sms atau instant mesengger. Fungsi ini membolehkan anda berjumpa dengan sahabat anda tanpa perlu susah susah mencari alamat.
 

Waze sebenarnya telah dibeli oleh google, ini menyebabkan mereka sedang dalam proses mengintergasikan android map dengan waze. Kepada pengguna smartphone, saya galakkan anda cuba menggunakan perisian ini. Walaupun mungkin anda merupakan pemandu yang cukup  mahir selok belok jalan raya, tapi percayalah, suatu ketika nanti anda tetap memerlukan gps android waze ini. Yang penting software ini PERCUMA. 

No comments: