Wednesday, October 2, 2013

PMR 2013

Hari ini 2 Oktober 2013 lebih 400 ribu pelajar ting 3 akan menduduki peperiksaan PMR.  Harapan ribuan ibu bapa dan harapan guru tergantung di pundak pelajar.  Segala usaha yang telah dijalankan selama 3 tahun akan diuji dalam masa beberapa hari.
Kepada pelajar, ikutlah beberapa panduan berikut:

1. Jangan tidur lewat

2. Jangan bangun terlalu awal

3. Bangun sebelum azan subuh,  paling awal jam 5:30 pagi.  Mandi sebelum subuh,  solat subuh dan makan sedikit untuk mengalas perut.

4. Sebelum ke sekolah bersalaman dengan ibu bapa,  mohon maaf,  biar anda pergi ke sekolah dengan perasaan tenang.

5. Baca doa sebelum memulakan peperiksaan. 

6. Baca soalan sampai habis,  fahami kehendak soalan,  jangan gopoh gapah, jangan terlalu teruja sekiranya soalan ramalan keluar.

7. Baca semula skrip jawapan selepas selesai menulis. 

No comments: