Monday, October 5, 2015

xpax magic sim - Penipuan yang semakin nyata

Xpax Magic sim, apabila mula diperkenalkan di pasaran, merupakan pakej paling lengkap dan terbaik dalam pasaran. Bayangkan, reload RM 30, anda akan mendapat free data 300 mb dan call 30 minit. Sekiranya langgan pakej internet, contohnya pakej RM 25, anda akan dapat 1 Gb internet dan call 150 minit ke mana-mana no yang guna rangkaian celcom. Malahan anda akan mendapat free basic internet 64 kbps sekiranya tidak melanggan pakej data.




Jelas dan nyata, celcom memberikan call 12 sen seminit ke semua nombor.


Reload RM 30, anda dapat 300 mb dan call 30 minit.



Pakej internet, bulanan RM 25, dapat 1 Gb dan 150 minit call




Keadaan ini menjadikan pakej celcom menjadi pakej yang cukup berbaloi di pasaran dan tidak dapat ditandingi oleh mana-mana syarikat telekomunikasi.... malahan pakej ini dirasakan lebih berbaloi berbanding pakej celcom first 38 itu sendiri.

Malangnya, ku sangka panas sampai ke petang, rupanya hujan di tengah hari. Celcom dengan sesuka hati tanpa persetujuan pelanggan telah mengubah rate panggilan daripada 12 sen seminit kepada 30 sen 12 minit ke no celcom dan 30 sen 3 minit ke lain-lain nombor. Sekali pandang, macam untung tapi sebenarnya rugi... kecuali untuk pasangan bercinta.... call satu saat pun akan di cas 30 sen...

Onar celcom semakin nyata apabila celcom tidak lagi memberi free data 300 mb untuk reload RM 30. Free call yang diberi juga dinaikkan kadar blok daripada 1 minit per call kepada 2.5 minit per call.... maksudnya, setiap call walaupun sesaat akan dipotong 2.5 minit... gila... memang gila... betul-betul kapitalis.




Celcom kemudian memperkenalkan xpax burung hantu dan pengguna sedia ada dialihkan ke pakej ini secara paksa. Free call @ sms 150 minit sekiranya langgan internet 1 Gb telah dipecahkan kepada 75 minit call, 75 sms. mmmmmm.... ada lagi ke orang guna sms dalam zaman it ni... zaman free basic internet menyebabkan hampir semua orang telah menggunakan wassap dan yang seumpamanya. Permainan celcom xpax semakin nyata. Syor saya, apabila celcom telah sesuka hati mempermainkan pengguna, maka baik syarikat sebegini ditinggalkan sahaja... banyak lagi syarikat telekomunikasi lain yang lebih jujur dan ikhlas... atau sekurang-kurangnya tidak menipu peengguna.

Jerebu




Allah s.w.t takkan menciptakan sesuatu peristiwa tanpa sebab.  Tiap apa yang berlalu pasti ada punca dan hikmah terselindung.  Apabila negara kita dan hampir semua negara ASEAN dilitupi oleh fenomena jerebu maka semua pihak menyalahkan kerajaan Indonesia. 

Betul. ... pembakaran terbuka berlaku di Indonesia. 

Betul... hutan di Indonesia di bakar untuk tujuan penyuburan semula tanah.

Namun.... lupakan kita tentang sesuatu. 
Selama ini kita seolah olah tidak sedar bahawa udara merupakan nikmat Allah yang tidak ternilai.  Kita bebas menghirup udara tanpa batasan... kita bebas menghirup udara tanpa bayaran... kita bebas menghirup udara tanpa melimpahkan sedikit pun rasa kesyukuran ke hadrat penciptanya...
Apabila nikmat itu ditarik... baru kita sedar bahawa selama ini nikmat Allah itu melimpah ruah... tidak terhitung... tidak terbilang... tidak ternilai. Pada saat ini kita baru menyedari hakikat bahawa segunung intan pun tidak akan dapat membeli sesaat hirupan udara segar.  Bersyukurlah sebelum Allah yang maha pencipta menarik balik nikmatnya buat selama lamanya