Friday, October 11, 2013

8 Peranti Canggih Yang gagal Di Pasaran

 Di bawah ialah senarai pendek 8 peranti gimik yang pernah dihasilkan dan sebab mengapa kesemunya gagal di pasaran.




LG Optimus 3D
LGoptimsu3sdsial

Pada tahun 2011 dunia masih lagi dilanda kegilaanfilem dan televisyen 3D. Kita diberitahu 3D ialah teknologi terkini yang harus dimiliki dan televisyen 3D dibeli oleh first adopters  untuk menonton filem Avatar 3D. Youtube juga mula memberi sokongan menonton video dalam 3D pada tahun ini .Maka secara logiknya sebuah peranti pintar yang boleh merakam gambar serta video di dalam format 3D pastinya akan terjual seperti goreng pisang. Malang bagi LG Optimus 3D apabila peranti ini mula tiba di pasaran minat orang ramai terhadap 3D sudah mula perlahan. Masalah utama peranti ini (dan juga HTC Evo 3D) ialah skrin 3D tanpa cermin mata yang digunakan adalah kurang selesa untuk digunakan untuk jangka masa yang lama. Selain masalah tatalan yang tidak lancar ianya juga kerap gagal berfungsi ketika digunakan. Adalah tidak mengejutkan paska 2011, tidak ada satupun peranti 3D dikeluarkan oleh pegeluar telefon pintar dunia. Pengajaran disini ialah jangan keluarkan peranti yang mengikut “fad” dan yang paling penting sekali jika peranti anda mengakibatkan pengguna mahu muntah ianya mungkin awal-awal lagi tidak patut dijual!
SEBAB KEGAGALAN – Skrin yang membuatkan anda mahu muntah jika digunakan untuk masa yang lama.
Kyocera Echo
kyocera-echo

Selain peranti 3D, tahun 2011 juga memperlihatkan kelahiran peranti pintar dwi-skrin pertama. Kyocera Echo ialah peranti Android dengan dua skrin 3.5″ yang boleh dilipat seperti sebuah buku. Pihak Kyocera berharap dengan adanya skrin berkembar pengguna dapat melakukan dua tugasan pada satu masa dengan lebih mudah. Skrin Echo dapat berfungsi sebagai sebuah skrin besar atau melancarkan 2 aplikasi pada skrin yang berbeza. Malang bagi Echo ianya tidak mendapat sokongan yang kuat dari pembangun aplikasi untuk benar-benar memaksimakan potensi sebagai peranti pelbagai fungsi yang terbaik di pasaran. Tambah menyedihkan kerana skrin berganda jangka hayat bateri peranti ini adalah sangat pendek. Pihak Kyocera hanya meletakkan bateri sebesare 1370 mAH di dalam peranti ini! Tidak hairanlah jika anda membeli Kyocera Echo, anda akan diberikan sebuah bateri percuma untuk digunakan ketika kecemasam.
SEBAB KEGAGALAN – Jangka hayat bateri yang terlalu pendek serta tiada sokongan aplikasi yang sempurna.
Nokia 7280
nokia-7280

Pernah suatu ketika telefon bimbut dianggap sebagai aksesori fesyen. Anda pasti ingat pernah suatu ketika menggantung telefon bimbit pada leher adalah dianggap cool. Pada waktu inilah semua orang dari remaja baru akil baligh hinggakan uncle kontraktor tandas akan menggantung telefon Nokia terbaru mereka untuk tontonan umum. Malangnya majoriti telefon bimbit pada ketika itu tidak mempunyai rekaan yang cukup cantik  untuk benar-benar dianggap sebagai aksesori fesyen. Menyedari terdapat pasaran untuk “telefon fesyen”, pada tahun 2004 Nokia mengeluarkan 7260. 7270 dan 7280 di dalam koleksi Fashion Phone mereka. Rekaan tiga peranti ini mengingatkan kami kepada lukisan moden Piet Mondrian. Nokia 7360 dan 7370 tidak banyak berbeza dari rekabentuk telefon bimbit yang lain tetapi untuk 7380 Nokia memberikan rekaan yang lain daripada yang lain. Nokia 7280 kelihatan seperti sebuah gincu bibir. Jelas sekali dari astetik rekaan 7280 adalah disasarkan kepada pengguna wanita. Ia tidak dadatangi dengan papan kekunci fizikal maupun kapasitif. Untuk menaip anda perlu menggunakan roda berputar seperti iPod generasi pertama. Ini membuatkan ianya tidak mesra pengguna untuk digunakan. Nokia menyarankan pengguna meletakkan tag nama untuk setiap individu di dalam senarai nombor anda. Teknologi pengenalan suara pada tahun 2005 masih belum sempurna dan bayangkan betapa sukarnya untuk mendail nombor menggunakan telefon ini. Sekarang cuba bayangkan anda menaip SMS pula! Hayat bateri telefon ini juga pendek kerana hanya dilengkapi bateri 700 mAh. Ini adalah kecil jika dibandingkan dengan bateri 900 mAh Nokia 3310.
SEBAB KEGAGALAN – Sistem menaip menggunakan roda berputar adalah sangat tidak praktikal.
Siemens Xelibri 6
xelibri-6

Selain Nokia, Siemens juga cuba memasuki pasaran telefon fesyen, Pada tahun 2003 Siemens dengan bantuan beberapa pereka fesyen dan firma rekaan industi IDEO menghasilkan telefon Xelibri. Sebanyak 8 telefon Xelibri dihasilkan di dalam koleksi telefon fesyen ini dan setiap satunya diharapkan cukup bergaya untuk menjadi aksesori fesyen. Xelibri 6 ialah peranti berbentuk bekas bedak solek. Apabila dibuka terdapat cermin mengelilingi skrin telefon. Di atas kertas idelefon berbetuk bekas bedak mungkin idea yang munasabah. Namun apabila ianya dihasilkan dalam bentuk fizikal Xelibri 6 sebenarnya kelihatan seperti tempat duduk tandas lengkap dengan lubang pada bahagian tengah dan papan kekunci di atas tempat melabuhkan punggung! Beberapa bulan selepas dijual, kesemua telefon di dalam koleksi Xelibri dihentikan pengeluarannya kerana tidak langsung mendapat sambutan.
SEBAB KEGAGALAN - Kelihatan seperti tempat duduk tandas.
Nokia 7600
nokia-7600

Setakat ini kita sudah melihat peranti berbentuk gincu bibir dan bekas bedak solek wanita. Pada tahun 2003 Nokia 7600 dihasilkan dan ianya diilhamkan oleh rekaan daun. Menurut Nokia rekaan berbentuk daun ini kelihatan lebih semulajadi. Papan kekunci dibahagikan kepada dua barisan di kiri dan kanan skrin sebesar 2″. Masalah utama “Nokia Daun” ini ialah ianya tebal dan berbentuk empat segi. Lokasi pembesar suara dan mikrofon tidak cukup jauh untuk memudahkan anda melakukan panggilan telefon. Bentuk telefon yang paling ergonomik masih lagi segi empat tepat. Selepas7600 mengalami kegagalan, Nokia kemudian menghasilkan Nokia 7610 yang masih mengekalkan konsep rekaan daun tetapi kali ini ia berbentuk segiempat tepat. Tidak seperti 7600, 7610 ialah antara peranti yang mendapat sambutan hangat kerana rekaannya sehingga kini masih dianggap ikonik.
SEBAB KEGAGALAN – Bentuk segiempat sama menyukarkan untuk ianya digunakan untuk melakukan panggilan telefon.
Toshiba G450
toshiba-g450

Dewasa ini setiap peranti pintar akan memberikan pilihan papan kekunci yang boleh anda gunakan. Kustomasi seperti Swiftkey membolehkan anda menaip tanpa jari meninggalkan skrin. Pada Galaxy Note pula terdapat pilihan menaip menggunakan stylus. Pada tahun 2008 Toshiba merasakan cara terbaik untuk mencepatkan proses menaip ialah dengan meletakkan 2 set papan kekunci. Dari jauh Toshiba G450 yang juga boleh berfungsi sebagai modem ini kelihatan seperti sebuah hot dog. Ia juga mempunyai fungsi memainkan MP3 namum storan dalaman hanya terhad kepada 160 Megabyte. Telefon ini gagal mendapat sambutan kerana dari ulasan yang kami baca menaip menggunakan Toshiba G450 adalah amat sukar. Sungguhpun begitu kami rasakan menaip menggunakan telefon hot dog ini pastinya lebih mudah dari menaip menggunakan telefon di bawah
SEBAB KEGAGALAN – Sistem papan kekunci yang tidak mesra pengguna.
Samsung Serenata
serenata-Samsung

Ramai menyedari kerjasama diantara HTC dan Beats bagi menghasilkan sistem audio terbaik untuk telefon pintar. Kerjasama mereka berakhir minggu lalu apabila Beats membeli semula saham mereka dari HTC bernilai USD 415 Juta. Dari ura-ura yang kami dengar HTC One Max akan menjadi peranti terakhir HTC yang akan mendapatang sokongan Beats Audio. Tetapi sebelum HTC dan Beats, Samsung dan Bang & Olufson pernah bekerjasama untuk menghasilkan peranti mudah alih dengan sistem audio berkualiti tinggi. Kerjasama mereka melahirkan Serena dan Serenata. Kedua – kedua peranti ini bukan sahaja mempunyai bentuk yang aneh tetapi dilengkapi sistem papan kekunci berputar seperti iPod. Serenata memasuki pasaran pada tahun 2008 dan pada waktu itu dinggap mempunyai sistem audio yang terbaik bagi sebuah peranti mudah alih. Kelemahan peranti ini ialah sama seperti Nokia 7280 iaitu kesukaran melakukan fungsi asas seperti menaip SMS. Samsung Serenata juga tidak mendapat sambutan kerana harga jualan bermula dari USD 1600. Ini adalah sangat mahal bagi telefon yang sukar digunakan dan langsung tidak dilengkapi kamera!
SEBAB KEGAGALAN – Harga yang tidak munasabah bagi peranti yang sukar digunakan untuk menaip.
Pantech PT-S170
pantech_curitel_pt-s170

Di dalam koleksi telefon Nokia kami, N93 ialah antara yang paling kami sayangi selepas Nokia Communicator 9000. N93 unik kerana skrinnya boleh diputarkan apabila digunakan sebagai perakam video. Rekabentuk telefon boleh berubah seperti Transformers ini dimulakan oleh N92 yang muncul pada tahun 2005. Rekebentuk yang unik ini menjadikan N93, N93i dan N92 peranti yang harus dimiliki sekirinya anda mampu. Pantech PT-S170 ialah percubaan Pantech untuk menghasilkan peranti dengan fungsi yang serupa tanpa disaman oleh Nokia kerana pencabulan harta intelek. Tidak seperti N92, Pantech PT-S170 ialah sebuah telefon slider dengan skrin yang boleh diputarkan untuk kegunaan mengambil video. Rekaan telefon ini nampak agak tidak semenggah dan terlalu kompleks. Seperti Samsung Galaxy Round, Pantech PT-S170 hanya dijual di pasaran Korea Selatan. Kerana sambutan yang dingin ianya tidak pernah dijual untuk pasaran antarabangsa.
SEBAB KEGAGALAN – Rekaan terlaku kompleks dan agak berserabut

No comments: