Showing posts with label sampah. Show all posts
Showing posts with label sampah. Show all posts

Saturday, October 12, 2013

Manusia dan monyet


Bila sekian lama arahan tak dipeduli. Ditegur cara baik, buat tak tau. Diletak papan tanda, dibuat tidak kisah, selagi perasaan malas menguasai diri, tak prihatin dah tempat laluan ke, padang permainan ke, yang penting boleh BUANG SAMPAH yang meyemak di rumah. Rumah bersih, taman perumahan pula kotor.

Langkah terakhir untuk sedarkan golongan ini, kain rentang dipasang "ternyata susah jadi manusia, hanya monyet yang buang sampah sembarangan". Itupun, masih ada lagi manusia berotak monyet yang buang sampah di situ....... manusia monyet daripada Planet Apes dah menghuni bumi kot.

Tuesday, October 1, 2013

Balada Bazar Ramadhan

Ramadhan telah lama meninggalkan kita. Kemeriahan bazar ramadhan telah lama meninggalkan nostalgia.  Untung berniaga mungkin sudah tinggal berapa sen cuma.

Malangnya, sikap dan metaliti penjaja masih berada di takuk lama. Peribahasa lama habis madu sepah dibuang cukup sesuai menggambarkan situasi ini.  Khemah atau bangsal yang digunakan untuk mencari rezeki dibiarkan mereput begitu sahaja.  Cacat pemandangan cacat persekitaran.  Pentingkan diri.  Apa salahnya khemah yang digunakan disimpan kembali.  Manusia. ....  manusia. .....

Monday, September 30, 2013

Mentaliti masyarakat

Kenduri kahwin merupakan suatu majlis yang akan diwara-warakan segenap ceruk rantau. Seboleh mungkin,  semua orang perlu diberitahu akan kemeriahan majlis yang ingin dikongsi bersama. Di sana sini akan kelihatan bunga manggar dipacak sebagai penunjuk arah. 

Biasanya simpang jalan serta tiang lampu isyarat akan menjadi mangsa.
Malangnya,  sikap toleransi yang ditunjukkan oleh pihak berkuasa tempatan yang menutup sebelah mata apabila bunga manggar dipacak di sana sini sering dipersiakan. Semua pihak pasti sedar perbuatan tersebut menyalahi peraturan dan undang-undang kerana bunga manggar yang dipacak boleh menghalang penglihatan pemandu. Situasi ini juga boleh mengundang kecelakaan terutamanya kepada penunggang motosikal kerana kayu dan buluh yang digunakan amat tajam.  Fikirkan risikonya apabila kayu atau buluh itu jatuh melintang jalan.

Alangkah baiknya jika tuan empunya kenduri menanggalkan kembali bunga manggar tersebut setelah selesai kenduri. Janganlah sampai bunga manggar itu dibiarkan mereput atau ditanggalkan oleh pihak berkuasa tempatan.