Monday, September 30, 2013

Mentaliti masyarakat

Kenduri kahwin merupakan suatu majlis yang akan diwara-warakan segenap ceruk rantau. Seboleh mungkin,  semua orang perlu diberitahu akan kemeriahan majlis yang ingin dikongsi bersama. Di sana sini akan kelihatan bunga manggar dipacak sebagai penunjuk arah. 

Biasanya simpang jalan serta tiang lampu isyarat akan menjadi mangsa.
Malangnya,  sikap toleransi yang ditunjukkan oleh pihak berkuasa tempatan yang menutup sebelah mata apabila bunga manggar dipacak di sana sini sering dipersiakan. Semua pihak pasti sedar perbuatan tersebut menyalahi peraturan dan undang-undang kerana bunga manggar yang dipacak boleh menghalang penglihatan pemandu. Situasi ini juga boleh mengundang kecelakaan terutamanya kepada penunggang motosikal kerana kayu dan buluh yang digunakan amat tajam.  Fikirkan risikonya apabila kayu atau buluh itu jatuh melintang jalan.

Alangkah baiknya jika tuan empunya kenduri menanggalkan kembali bunga manggar tersebut setelah selesai kenduri. Janganlah sampai bunga manggar itu dibiarkan mereput atau ditanggalkan oleh pihak berkuasa tempatan. 

No comments: