Tuesday, April 15, 2008

Hidup dan Kematian

Assalamualaikum..
Hari ini aku agak terpanggil untuk berbincang tentang soal hidup dan kematian yang bakal menjelma bila-bila masa. Salah seorang pelajarku yang baru berusia 14 tahun telah memenuhi jemputan Illahi lalu kembali ke Rahmatullah semalam kerana lemas.
Tadi, aku baru bersua dengan ayahandanya. Sayu wajahnya, pilu hatinya. Mungkin kerana masih terkenang saat-saat manis bersama anakanda tercinta. Benar kata orang, hidup ini bagaikan buah kelapa, gugur tanpa mengira tua atau muda.
Bagaimana dengan nasib diriku. Bila aku akan memenuhi panggilan Illahi. Dosaku masih bertimbun, amalanku tak sebanyak mana. Maut menghampiriku setiap detik dan ketika. Oh Tuhan, ampunilah hambamu ini. Berikanlah taufik dan hidayahmu agar aku kan menjadi insan yang bertakwa dan diselamatkan di dunia dan akhirat. Hanya kepadamu aku berserah dan kepadamu jua aku memohon pertolongan. Dari-Nya kita datang dan kepada-Nya jua kita kan kembali.
Wassalam

No comments: